CRIT Esports telah mengumumkan penganjuran buat kali keempat untuk ACS EDU Tour iaitu Kejohanan Esukan yang melibatkan institusi pengajian tinggi, pada penganjuran tahun lepas ia telah melibatkan 109 institusi pengajian tinggi dan lebih 6000 pemain sekali gus menjadikannya kejohanan esukan institusi pengajian tinggi terbesar.

Bagi tahun ini, ia sekali lagi akan mempertandingkan permainan oleh Level Infinite tetapi Honor of Kings berbanding PUBG Mobile pada musim lepas. Mereka menyasarkan untuk mempunyai 16 pasukan dari setiap negeri dan wilayah persekutuan dan ingin melibatkan 110 institusi pengajian tinggi.

Seperti musim lepas, musim ini juga menawarkan hadiah terkumpul sehingga RM200 ribu dengan Peringkat Akhir akan berlangsung di Kuala Lumpur sekitar bulan November 2025. Mereka juga mengumumkan In-Season Cup untuk memberi peluang pasukan terbaik dari setiap negeri untuk bertanding dengan pasukan dari Asia Tenggara.

Pengumuman mengenai musim keempat untuk ACS EDU Tour ini dilakukan di UCSI University yang turut memperlihatkan Maggi, Vico, ZTE|nubia, OneOne sebagai penaja rasmi dengan sokongan oleh Tencent Games Malaysia, MESF dan Esports Integrated.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dan melakukan pendaftaran melalui pautan ini.

Leave a Reply