ACS EDU Tour Musim 3 berlangsung dengan jayanya pada hujung minggu lepas, yang memperlihatkan 16 pasukan bertempur di dalam permainan PUBG Mobile untuk merebut kejuaraan musim ini dan hadiah terkumpul RM200 ribu.
Selepas pertempuran yang sengit, Vampire Songlap dari Perlis telah memenangi kejohanan ini dan membawa pulang hadiah tunai RM20 ribu, ia diikuti dengan Gamesmy Esport dari Kuala Lumpur yang membawa pulang RM15 ribu sebagai naib juara dan PTSB Esport dari Kedah mendapat tempat ketiga dan membawa pulang RM12 ribu.

Hadiah dan trofi kemenangan disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang turut turun untuk memberi sokongan bagi acara ini, beliau juga memerhati penyerahan rekod oleh Malaysia Book of Records untuk kejohanan ini yang menjadi Kejohanan Esukan Universiti Terbesar.
Kejohanan ini melibatkan 109 universiti serata negara dan disertai oleh 6,400 pemain sepanjang acara ini di mana pusingan awal dianjurkan di setiap negeri sebelum peringkat akhir berlangsung di Berjaya Times Square.


