Asus sebelum ini telah mengumumkan yang generasi baharu untuk telefon gaming mereka iaitu ROG Phone 9, hari ini mereka telah mengumumkan secara rasmi penawaran telefon tersebut buat pasaran Malaysia.

Terdapat 3 model bagi penawaran telefon ini iaitu ROG Phone 9 hadir RAM 12GB dan storan 256GB dengan harga RM3,999. Manakala ROG Phone 9 Pro hadir dengan spesifikasi 16GB/512GB dengan harga RM4,999 dan ROG Phone 9 Pro Edition dilengkapi dengan 24GB/1TB ditawarkan dengan harga RM5,999.

Ketiga-tiga model dikuasakan dengan cip terbaru oleh Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite seperti telefon yang diumumkan sebelum ini iaitu Realme GT 7 Pro dan Xiaomi 15. Kesemua model juga menggunakan skrin bersaiz 6.78-inci, panel LTPO AMOLED, dan sokongan kadar segar semula sehingga 185Hz. Bagi bateri ia mempunyai bateri sebesar 5800 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W.

ROG Phone 9 hadir dengan rekaan sedikit berbeza terutama dengan rekaan belakang telefon. ROG Phone 9 juga kini menyokong AniMe Vision iaitu paparan mini-LED di belakang yang boleh diubah oleh pengguna – namun ia terhad kepada 85 LED berbanding versi Pro yang mempunyai 684 LED.

Selain itu, ROG Phone 9 juga mempunyai dua warna iaitu Phontom Black dan Phantom White berbanding versi Pro yang hadir dengan versi Phantom Black sahaja.

Kamera adalah sama kecuali kamera ketiga dengan ROG Phone 9 mempunyai kamera 5MP lensa-makro manakala ROG Phone 9 Pro 32MP, OIS, 3x zum optikal, dengan teknologi 10-30x HyperClarity.

Setiap pembelian sebelum 31 Disember, pembeli akan mendapat hadiah tambahan seperti berikut:

  • ROG Phone 9 – Waranti lanjutan selama 1-tahun (bernilai RM399) + ROG AeroActive Cooler X (bernilai RM349) + Kerangka ROG Phone 9 Chill (bernilai RM199)
  • ROG Phone 9 Pro – Waranti lanjutan selama 1-tahun (bernilai RM399) + ROG AeroActive Cooler X (bernilai RM349) + Kerangka ROG Phone 9 Chill (bernilai RM199)
  • ROG Phone 9 Pro Edition – Waranti lanjutan selama 1-tahun (bernilai RM399) + ROG Phone Crossbody Strap

Tawaran ini boleh didapatkan dengan pembelian melalui pengedar rasmi ROG, kecuali Celcom dan Maxis. Anda juga boleh kunjungi kedai untuk menyertai peraduan “Create on AniMe Vision” dan juga lawati reruai ROG Phone 9 di Bukit Jalil bersempena dengan Pesta M6 – Mobile Legends: Bang Bang untuk mencuba sendiri teleofn ini.

Leave a Reply