Selain mengumumkan Mac Mini baharu, Apple juga mengumumkan penawaran iMac baharu dengan menggunakan cip M4 yang menyertakan prestasi 1.7x untuk kegunaan harian dan 2.1x lebih pantas untuk bermain permainan video berbanding iMac yang menggunakan M1.
iMac disertakan dengan paparan 24-inci dengan resolusi 4480×2520, bagi RAM ia bermula dengan 16GB dan boleh dipertingkatkan ke 24GB, manakala storan bermula dengan 256GB dan boleh dipertingkatkan sehingga 2TB.

Ia ditawarkan dengan harga bermula RM5,799 dengan 7 pilihan warna iaitu Blue, Purple, Pink, Orange, Yellow, Green dan Silver. Setiap pembelian juga akan disertakan bersama dengan Magic Keyboard dan Magic Mouse atau Magic Trackpad.
Tarikh pelancaran di Malaysia masih tidak diumumkan akan tetapi dikatakan akan tiba dalam masa terdekat.


