Skip to main content

Marvel Studios dilaporkan tidak lagi akan menerbitkan filem Blade pada 7 November 2025, sebaliknya ia akan ditunda ke satu tarikh yang tidak ditetapkan lagi.

Blade yang menjadikan Mahershala Ali sebagai pemburu pontianak ini sepatutnya ditayangkan pada 3 November 2025. Selepas skrip yang kurang baik dan penarikan diri pengarah Bassam Tariq, ia ditunda ke tahun 2024.

Filem ini menerima pengarah baharu iaitu Yann Demange akan tetapi pengembaraan untuknya tertunda kerana berlakunya mogok penulis di Amerika Syarikat.

Yann Demange kemudian mengumumkan yang beliau juga menarik diri daripada projek ini dan buat masa ini pengarah baharu masih tidak disahkan lagi. Oleh itu, tidak mengejutkan jika Marvel tidak mempunyai sebarang tarikh terbitan untuknya.

Selain Mahershala Ali, Mia Goth sudah diumumkan akan menjadi watak jahat di dalam filem ini iaitu Lilith.

Leave a Reply