Filem Blade Menerima Pengarah Dan Penulis Baharu

Pada Oktober lepas, penggambaran filem Blade telah ditunda selepas Bassam Tariq menarik diri daripada mengarah filem MCU tersebut yang dikatakan berpunca daripada perbezaan idea. Berbanding sekadar menggantikan pengarah, Marvel mengambil keputusan untuk menangguhkan terus penggambaran.

The Hollywood Reporter telah melaporkan yang filem tersebut akhirnya menerima pengarah baharu iaitu Yann Demange iaitu pengarah untuk episod pertama bagi Lovecraft Country. Selain itu, Michael Starrbury yang menulis satu episod untuk drama When They See Us akan menjadi penulis bagi filem ini.

Berdasarkan sumber, Mahershala Ali yang merupakan pelakon utama bagi filem ini sendiri memilih penulis baharu ini. Selain itu dikatakan juga filem ini akan menjadi lebih dark dan gritty seperti filem Blade sebelum ini.

Penggambaran akan bermula semula pada tahun depan dengan filem ini masih lagi dijangkakan akan tiba pada 6 September 2024.

Sohor Kini