Blade adalah antara filem MCU baharu yang mengalami masalah untuk dibangunkan. Antara isunya adalah pengarah yang tarik diri dan pelakon utama yang tidak berpuas hati dengan skrip.
Filem ini sudah pun menerima pengarah baharu iaitu Yann Demange dan penulis baharu Michael Starrbury serta Nic Pizzolatto. Blade turut pada awalnya dirancang untuk memulakan penggambaran pada awal tahun ini.
Kini dengan Persatuan Penulis Amerika mengumumkan mogok di kalangan lebih 12 ribu ahlinya di Amerika Syarikat semua produksi filem akan terbantut. Deadline melaporkan yang penggambaran Blade hanya akan dimulakan selepas skrip selesai ditulis. Akan tetapi filem Deadpool 3, Captain America: New World Order dan Thunderbolt dikatakan masih akan teruskan penggambaran.
Blade akan menyertakan Mahershala Ali sebagai watak utama dan turut dibintangi oleh Mia Goth pelakon yang mencipta nama melalui francais filem seram ngeri A24 iaitu X, Pearl dan akan datang MaXXine.