FIFA hari ini telah mengumumkan yang kejohanan rasmi esukan mereka iaitu FIFA eWorld Cup kini akan menggunakan permainan simulasi bola sepak oleh Konami iaitu eFootball.

Kejohanan pertama untuk kerjasama baharu ini akan bermula akhir tahun ini yang akan melibatkan permainan eFootball di konsol dan juga telefon pintar.

Peringkat kelayakan untuknya sudah bermula dan maklumat mengenainya boleh didapatkan melalui laman rasmi kejohanan ini iaitu FIFA.GG dan juga laman rasmi KONAMI.

Mereka juga mengumumkan negara-negara yang rasmi terlibat dengan kejohanan ini iaitu:

  • Malaysia
  • Argentina
  • Brazil
  • Costa Rica
  • England
  • Perancis
  • India
  • Indonesia
  • Jepun
  • Korea
  • Morocco
  • Belanda
  • Poland
  • Portugal
  • Arab Saudi
  • Sepanyol
  • Thailand
  • Turkiye

Kejohanan FIFA eWorld Cup sebelum ini dianjurkan menggunakan permainan EA Sports FC, ataupun FIFA sebelum ini. Namun, setelah kerjasama di antara EA dan FIFA berakhir pada tahun 2023, FIFA telah mencari rakan kongsi baharu dan juga akan membangunkan permainan sendiri.

Selain permainan eFootball, FIFA juga menganjurkan kejohanan untuk permainan Rocket League dan Football Manager.

Leave a Reply