Samsung telah mengumumkan generasi baharu untuk tablet mereka iaitu Samsung Galaxy Tab S10 akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Oktober ini melalui dua pilihan model iaitu Galaxy Tab S10 Ultra dan Galaxy Tab S10+.
Galaxy Tab S10 Ultra dilengkapi dengan skrin bersaiz 14.6-inci, manakala 12.4-inci untuk Galaxy Tab S10+ yang menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X.
Kedua-dua tablet akan menggunakan cip pemprosesan Dimensity 9300+ yang dikatakan memberikan prestasti 18% lebih baik untuk CPU, 28% lebih baik untuk GPU dan 14% lebih baik untuk NPU berbanding Galaxy Tab S9 Ultra.
Selain itu, kedua-duanya juga hadir dengan satu sahaja pilihan untuk RAM iaitu sebanyak 12GB dan storan iaitu 256GB dengan sokongan mikroSD sehingga 1TB.
Seperti produk-produk Samsung yang terkinit, tablet ini juga dihasilkan dengan memberi fokus kepada AI dengan pelbagai fungsi AI akan disertakan bersama, termasuk juga butang baharu iaitu Galaxy AI di papan kekunci untuk kerangka Book Cover.
Tablet ini ditawarkan dengan pilihan WIFI atau 5G dengan harga seperti berikut:
- Galaxy Tab S10 Ultra 5G — RM6,649
- Galaxy Tab S10 Ultra — RM5,999
- Galaxy Tab S10+ 5G — RM5,249
- Galaxy Tab S10+ — RM4,599
Galaxy Tab S10 Ultra hanya ditawarkan dengan warna Moonstone Gray manakala S10+ turut ditawarkan dengan tambahan warna Platinum Silver.
Pra-tempahan boleh dilakukan di laman rasmi Samsung dan setiap pembelian akan menerima kerangka Book Cover secara percuma dan juga RM500