Astro Bot Dilancarkan Untuk PS5 Pada 6 September

Team Asobi ketika State of Play telah mengumumkan yang Astro Bot akan dilancarkan untuk PlayStation 5 pada 6 September 2024 dan anda boleh lihat pelbagai rekaan dunia yang menarik melalui treler pengumuman yang dikongsi.

Astro Bot sebelum ini diperkenalkan sebagai permainan yang terpasang di dalam PS5 yang juga berfungsi sebagai manual interaktif bagi konsol tersebut. Dengan itu, kita boleh katakan yang Astro Bot adalah permainan yang paling banyak ‘terjual’ di PS5.

Melalui permainan penuh ini, ia akan menyertakan 6 galaksi dan lebih 80 peringkat untuk diteroka dan diselesaikan oleh pemain. Bagi membantu Astro, dia boleh menggunakan lebih 15 kebolehan untuk bertempur lebih 70 penjahat.

Sohor Kini