Shapefarm dan penerbit Kepler Interactive telah mengumumkan permainan terbaharu mereka Orbitals, dijadualkan untuk pelancaran rasmi pada 3 September 2026. Permainan ini akan ditawarkan secara eksklusif untuk platform Nintendo Switch 2.

Orbitals menampilkan corak permainan Action/Platformer yang dibina sepenuhnya berdasarkan mekanik co-op. Penceritaannya menumpukan kepada dua watak utama, Maki dan Omu. Mereka ditugaskan untuk menjejaki bahan penting yang dikenali sebagai “reactor cassettes” bagi mengaktifkan perisai penempatan. Misi ini perlu diselesaikan segera kerana sistem halangan “storm wall” dijangka menjadi tidak stabil. Permainan ini juga membawa gaya untuk dengan arahan seni mengambil inspirasi daripada anime retro.

Pra-tempahan untuk permainan ini telah dibuka kepada umum. Selain daripada versi standard, pemain boleh mendapatkan Deluxe Edition yang mengandungi salinan permainan asas, set kostum untuk Maki dan Omu, dua unit hiasan kapal angkasa, runut bunyi digital, serta buku seni digital.

Leave a Reply