Penyesuai PS VR2 Untuk PC Tersenarai Di RRA Korea Selatan

Sony sebelum ini telah mengumumkan yang mereka menyasarkan untuk PlayStation VR2 boleh digunakan di PC pada tahun ini, terkini ‘PlayStation VR2 PC adapter’ telah tersenarai di RRA Korea Selatan, iaitu agensi menilai kualiti barangan radio dan komunikasi di negara tersebut, seperti SIRIM di Malaysia.

Mereka sebelum ini mengatakan yang penggunaan PS VR2 di PC sedang diuji, tetapi dengan penyenaraian ini, pengumuman mengenainya mungkin akan dilakukan tidak lama lagi. PS VR2 seperti ulasan kami merupakan satu set kepala VR yang baik, akan tetapi kekurangan kandungan yang tiba menjejaskan permintaan untuknya, mungkin dengan sokongan di PC akan menjadikannya lebih berbaloi.

Terima kasih Brad Lynch.

Sohor Kini