PS VR2 Akan Menyokong PC Sekitar Tahun Ini

Sony Interactive Entertainment hari ini telah berkongsi permainan-permainan akan datang untuk PlayStation VR2, selain daripada itu, mereka juga telah mengumumkan sedang menguji PS VR2 untuk mengakses permainan-permainan realiti maya di PC. Mereka mengharapkan sokongan ini akan tiba sekitar tahun ini.

Bagi permainan-permainan yang akan tiba untuk PS VR2 ia adalah seperti berikut:

  • The Wizards – Dark Times: Brotherhood – Sudah dilancarkan
  • Wanderer: The Fragments of Fate – 27 Jun 2024
  • Little Cities: Bigger! – 12 Mac 2024
  • Zombie Army VR – 2024
  • Arizona Sunshine 2 (kemaskini) – Sudah dilancarkan
  • Soul Covenant – 2024

PS VR2 sudah dilancarkan setahun yang lepas, dan anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut: Ulasan PlayStation VR2.

Sohor Kini