Ghost of Tsushima Director’s Cut untuk PC sudah dilancarkan pada 16 Mei 2024 yang akan menyertakan permainan asas Ghost of Tsushima bersama dengan penambahan Iki Island dan juga mod Legends.
Versi PC ini akan menyertakan pelbagai fungsi tambahan seperti Frame Rate yang tidak dihadkan, sokongan monitor ultra-lebar, NVIDIA DLSS 3 dan AMD FSR 3, Intel XeSS dan juga NVIDIA DLAA atau FSR 3 Native AA, buat pertama kali ia juga menyertakan PlayStation Overlay untuk melihat kandungan berkait dengan akaun PSN anda secara terus di dalam permainan ini.
Baca: Ulasan Ghost of Tsushima Director’s Cut – Penambahan Bermakna Tetapi Terhad
Ghost of Tsushima sudah dilancarkan pada tahun 2020 untuk PlayStation 4 sebelum menerima edisi Director’s Cut pada tahun 2021 termasuk juga versi khusus untuk PlayStation 5. Permainan ini akan menerima adaptasi filem yang akan diarahkan oleh Chad Stahelski dan ditulis oleh Takashi Doscher.