Pada tahun lepas, Sony Pictures dan PlayStation Production telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem aksi nyata berdasarkan permainan dunia terbuka oleh Sucker Punch iaitu Ghost of Tsushima. Filem tersebut akan diarahkan oleh Chad Stahelski yang merupakan pengarah untuk filem-filem John Wick.

Terkini, Takashi Doscher telah diumumkan sebagai penulis untuk filem tersebut, beliau sebelum ini pernah menulis untuk filem seperti Only dan Still di mana beliau juga merupakan pengarah untuk filem-filem tersebut.

Di dalam perkongsian di Twitter, Takashi Doscher mengatakan yang sebagai seorang yang menonton filem-filem samurai dan beratur dari awal untuk membeli PlayStation 2, menjadi penulis untuk filem ini adalah satu pencapaian terbesar di dalam karier beliau.

Filem Ghost of Tsushima ini masih lagi di peringkat awal pembangunan dan tidak mempunyai sebarang tarikh tayangan, ataupun senarai pelakon.

Sohor Kini