Chad Stahelski iaitu pengarah untuk filem adaptasi permainan Ghost of Tsushima telah berkongsi dengan Collider mengatakan beliau ingin filem tersebut sepenuhnya menggunakan pelakon Jepun dan juga berbahasa Jepun. Beliau juga mengatakan yang Sony bersetuju dengan cadangan tersebut.

Ghost of Tsushima merupakan permainan video oleh Sucker Punch di bawah PlayStation Studios yang mengisahkan mengenai perjuangan Jin Sakai seorang samurai yang terpaksa meninggalkan prinsip beliau sebagai seorang samurai untuk melawan Mongolia yang cuba menjajah Kepulauan Tsushima.

Diumumkan sebelum ini, filem Ghost of Tsushima ini akan ditulis oleh Takashi Doscher.

Sohor Kini