Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Mac untuk pelanggan di Malaysia.

Penawaran bulan ini menyertakan empat permainan percuma yang boleh ditebus bermula 5 Mac 2024 sehingga 1 April 2024;

  • F1 2023
  • Sifu
  • Hello Neighbor 2
  • Destiny 2: The Witch Queen

Jika anda masih tidak menebus permainan yang ditawarkan pada bulan Februari, anda masih boleh melakukannya sehingga 4 Mac 2024.

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan.

Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM235 untuk setahun iaitu harga baharu yang bermula pada 6 September tahun lepas.

Sohor Kini