PlayStation Plus pada bulan ini menawarkan tiga permainan untuk pelanggan iaitu Foamstars yang merupakan permainan baru dilancarkan oleh Square Enix, Rollerdrome dan juga Steelrising. Jika anda melanggan anda boleh melakukan tebus permainan-permainan ini sehingga 4 Mac 2024.

Foamstars merupakan permainan multi-pemain 4 lawan 4 shooter dengan pemain akan menggunakan buih untuk bertempur dengan pemain lain. Ia menyertakan pelbagai mode untuk PvP dan juga sesi permainan secara solo.

Tebus Foamstars.

Rollerdrome merupakan permainan shooter dengan pemain memakai kasut lereng, ia dibangunkan oleh OlliOlli yang terkenal dengan permainan papan selaju. Permainan ini sudah dikeluarkan pada tahun 2022 dan diterbitkan oleh Private Division. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut – Ulasan Rollerdrome – Shooter Yang Semua Patut Cuba.

Tebus Rollerdrome.

Steelrising pula merupakan permainan aksi RPG yang bertempat Perancis ketika ‘French Revolution’ yang telah dipenuhi dengan tentera robotik. Permainan ini menyertakan pertempuran yang rancak dan sukar.

Tebus Steelrising.

Walaupun selepas ditebus, permainan-permainan ini akan terus memerlukan langganan PS Plus yang aktif untuk dimainkan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM235 untuk setahun iaitu harga baharu yang bermula pada 6 September lepas.

Sohor Kini