5 Permainan Menarik Minggu Ini

Kita sudah memasuki minggu terakhir untuk bulan Februari, dan minggu ini juga bermulannya bulan Mac. Terdapat beberapa permainan menarik yang akan tiba minggu ini, yang sudah semestinya diterajui oleh Final Fantasy VII Rebirth iaitu bahagian kedua bagi olahan semula untuk Final Fantasy VII oleh Square Enix.

Berikut adalah 5 permainan menarik yang akan tiba minggu ini:

Ex Astris

Platform: iOS, Android

Ex Astris merupakan permainan RPG mengikut turutan yang dibangunkan khusus untuk peranti pintar. Berbanding dilancarkan sebagai permainan percuma, ia merupakan permainan berbayar dan boleh didapatkan dengan harga RM49.90 dan pemain akan mendapat kandungan sepenuhnya tanpa perlu bergantung kepada pembelian di dalam permainan. Pemain akan menjadi penyiasat di dunia Allindo dengan pelbagai pengembaraan tersendiri.

Brothers: A Tale of Two Sons Remake

Platform: PS5, Xbox Series, PC

Permainan ini merupakan permainan pertama yang memperlihatkan keunikan tatamain oleh Josef Fares sebelum beliau menubuhkan studio Hazelight Studios dan membangunkan permainan seperti A Way Out dan It Takes Two. Versi penambah-baikkan untuk permainan yang dikeluarkan pada tahun 2013 adalah mengenai dua adik beradik yang cuba mencari penawar untuk bapa mereka. Pemain akan mengawal abang dan adik menggunakan dua bahagian alat kawalan ataupun bermain secara koperasi setempat.

Final Fantasy VII Rebirth

Platform: PS5

Bahagian kedua untuk penghasilan semula Final Fantasy VII menjanjikan pengembaraan yang baharu tetapi masih akan diingatkan oleh pemain permainan asal. Square Enix juga menyediakan kawasan yang luas untuk pemain teroka dan juga melakukan pelbagai aktiviti sampingan, bersama dengan meneruskan penceritaan mengikuti Cloud dan rakan-rakannya.

Tamarak Trail

Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC

Permainan roguelike oleh Versus Evil ini akan menyertakan pengembaraan yang terhasil secara rawak. Menggunakan konsep seperti permainan kad, Tamarak Tail sebaliknya menggunakan dadu, dengan setiap bahagian dadu akan mempunyai kuasa yang berbeza memberikan pengalaman yang berbeza di setiap pertempuran. Berbanding membentuk dek untuk permainan kad, pemain sebaliknya membentuk dadu tersendiri.

Captain Velvet Meteor: The Jump+ Dimensions

Platform: Xbox Series, PC

Captain Velver Meteor merupakan permainan pengembaraan strategi yang sebelum ini sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch dan juga peranti pintar. Minggu ini, ia akan dilancarkan untuk Xbox Series dan juga PC. Di dalam permainan ini pemain boleh menggunakan pelbagai watak daripada manga Shonen Jump termasuk juga Spy x Family.

Sohor Kini