Skip to main content

Shueisha Games telah mengumumkan yang permainan Captain Velvet Meteor: The Jump+ Dimensions akan dilancarkan pada 28 Julai 2022 untuk Nintendo Switch. Selain itu mereka juga mengumumkan senarai lengkap watak-watak yang akan tiba di dalam permainan ini.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Watak-watak terbaru yang diumumkan untuknya adalah Loid Forger dari siri mangan dan anime Spy x Family, Chloe Love dari Ghost Reaper Girl dan Princess dari ‘Tis Time for “Torture,” Princess menyertai watak-watak yang diumumkan sebelum ini iaitu;

  • Monster No. 8 – Kafka Hibino
  • HEART GEAR – Chrome
  • Slime Life – Slime
  • Hell’s Paradise: Jigokuraku – Gabimaru
  • Summer Time Rendering – Ushio Kofune

Captain Velvet Meteor adalah permainan aksi berdasarkan seorang kanak-kanak yang berimaginasi melawan dengan pelbagai penjahat dan dibantu oleh watak-watak dari mangan Shonen Jump. Ia dibangunkan oleh Momo-Pi.

Shueisha Games merupakan studio penerbitan yang baru sahaja dibentuk oleh penerbit Shonen Jump, Shueisha Inc.

Leave a Reply