Moana 2 Berlayar Ke Pawagam November Tahun Ini

Walt Disney dan Disney Animation hari ini telah mengumumkan yang filem animasi Moana 2 akan tiba di pawagam pada 27 November 2024. Ia merupakan filem susulan kepada Moana yang tiba pada tahun 2016.

Mereka juga berkongsi treler acah yang anda boleh tonton di bawah.

Filem ini memfokuskan kepada pengembaraan Moana, Maui dan rakannya-rakannya di Oceania selepas mendapat permintaan daripada moyang Moana. Filem ini akan diarahkan oleh Dave Derrick Jr. dengan muzik akan dihasilkan oleh Abigail Barlow, Emiliy Bear, Opetania Foa’i dan Mark Mancina.

Disney sebelum ini juga telah mengumumkan mereka akan menerbitkan filem aksi nyata berdasarkan siri animasi ini dengan Dwayne Johnson akan membawa watak Maui.

Sohor Kini