Disney telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem aski-nyata berdasarkan siri animasi Moana yang dikeluarkan pada tahun 2016.

Dwayne Johnson ataupun The Rock sebelum ini menjadi pelakon suara untuk Maui dan beliau mengesahkan yang akan kembali sebagai Maui untuk filem aksi-nyata ini. The Rock juga telah berkongsi video bercakap mengenai kepentingan kisah Moana ini.

Filem ini akan diterbitkan oleh Dwayne Johnson, Dany Garcia dan Hiram Garcia melalui studio produksi mereka, Seven Bucks Productions dan Beau Flynn mewakili Flynn Picture Co.

Auliʻi Cravalho iaitu pelakon suara untuk Moana di dalam filem animasi juga akan kembali untuk membawa watak tersebut di dalam filem aksi-nyata ini.

Buat masa ini masih tiada pengumuman mengenai pengarah dan juga tarikh tayangan untuknya.

Menjadikan filem animasi sebagai filem aksi-nyata bukanlah perkara baharu bagi Disney, projek terkini adalah Lilo & Stich yang baru sahaja menemui pelakon.

Sohor Kini