Christopher Landon, Pengarah Scream VII Tarik Diri

Filem Scream VII kini dalam bahaya. Produksi filem entah ke mana dan skrip pula sedang diolah semula. Pertama pelakon watak utama iaitu Melissa Barerra sebagai Sam Carpenter telah dipecat atas perkongsian media sosial beliau berkaitan Palestin. Kemudian, Jenna Ortega sebagai Tara Carpenter adik Sam turut tidak terlibat dengan filem ini.

Terbaru, pengarah filem pula iaitu Christopher Landon berkongsi di X yang beliau telah menarik diri daripada mengarah filem ini. Tiada sebab jelas yang diberikan selain memberitahu sudah sampai masa untuk beliau melupakan filem ini dan meneruskan kerjaya dengan projek lain pula.

Landon sebelum ini mencipta dengan populariti filem seram komedi Happy Death Day, Freaky dan beberapa filem Paranormal Activity.

Sohor Kini