Melissa Barrera Dipecat, Tidak Lagi Terlibat Dengan Scream VII

Filem Scream V adalah antara sekuel filem seram yang saya gemari. Ini kerana ia mempunyai elemen meta yang lucu dan prestasi lakonan mantap dengan penceritaan yang menarik. Dalam filem ini, Melissa Barrera menjadi watak utama iaitu Sam Carpenter.

Beliau kemudian kembali dalam Scream VI dan telah dirancang untuk kembali dalam Scream VII. Baru-baru ini beliau telah dipecat oleh Spyglass dan tidak lagi akan berlakon sebagai Sam Carpenter. Beliau dipecat kerana berkongsi pendapat di media sosial yang didakwa adalah anti-yahudi.

Kini Spyglass perlu mengolah semula perancangan mereka untuk Scream VII dan francais Scream kerana Barerra adalah watak utama dan yang paling penting. Scream VII akan diarahkan oleh Christopher Landon iaitu pengarah Happy Death Day.

Sumber – THR

Sohor Kini