Jenna Ortega Turut Tidak Akan Kembali Dalam Scream VII

Semalam telah kami laporkan yang Melissa Barrera dipecat oleh Spyglass dan tidak akan kembali sebagai watak utama untuk filem Scream VII selepas beliau menjayakan Scream V dan Scream VI. Watak beliau adalah Sam Carpenter dan Tara Carpenter pula adalah oleh Jenna Ortega. Hari ini, Ortega pula dilaporkan turut tidak akan terlibat dengan filem ketujuh Scream ini.

Ortega dikatakan sibuk dengan penggambaran Wednesday musim kedua dan juga untuk filem sekuel Beetlejuice. Ketiadaan watak Tara Carpenter tidak akan mengganggu jalan cerita filem kerana dia hanyalah watak sampingan tetapi Spyglass perlu bijak dalam penulisan skrip untuk memastikan kisah dalam filem menjadi menarik kerana tidak lagi melibatkan Barrera yang merupakan watak utama.

Sumber – Deadline

Sohor Kini