Dua episod terakhir untuk BoBoiBoy Galaxy Sori iaitu Episod 5 dan Episod 6 akan tiba pada 24 dan 26 Disember ini, bersempena dengan itu, Monsta telah berkongsi ‘treler Finale’ untuk mengacah apa yang kita boleh jangkakan daripada penutup untuk siri baharu BoBoiBoy Galaxy ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

BoBoiBoy Galaxy Sori merupakan musim terbaru untuk siri animasi ini dan telah mula disiarkan di YouTube serta Netflix pada awal bulan ini, siri ini telah menerima sambutan yang baik dengan menerima tontonan yang memberangsangkan seperti berikut:

  • Episod 1 – 14 juta tontonan
  • Episod 2 – 9.8 juta tontonan
  • Episod 3 – 7.5 juta tontonan
  • Episod 4 – 4 juta tontonan

Sori akan mempunyai 6 episod, sebelum penceritaan disambung dengan siri berlainan iaitu BoBoiBoy Galaxy Windara, BoBoiBoy Galaxy Gentar dan juga BoBoiBoy Galaxy Gur’latan.

Sohor Kini