Pada bulan September lepas, Les’ Copaque telah mengumumkan yang mereka akan membina Taman Tema Upin Ipin di Alor Gajah, Melaka di depan A Famosa Resort dengan kerjasama bersama Perbadanan Melaka (MCorp).

Hari ini, Harian Metro telah melaporkan yang Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengatakan perbincangan mengenai penggunaan tanah seluas 55.85 hektar di antara Les’ Copaque dan MCrop di peringkat akhir dan dijangka selesai dalam masa dua minggu lagi.

Selepas persetujuan dicapai beliau menjangkakan pembinaan akan mengambil dua tahun dengan kos pembinaan terserah kepada Les’ Copaque manakala kerajaan negeri akan memberikan kerjasama membantu mendapatkan kelulusan serta menyegerakan pembinanya.

Perkara ini diumumkan semasa majlis perasmian Karnival Upin & Ipin yang berlangsung di MITC Melaka bermula pada 15 sehingga 17 Disember 2023.

Sohor Kini