The Creator adalah antara filem sains fiksyen yang menarik pada tahun ini. Filem ini diarahkan oleh Gareth Edward, iaitu pengarah Star Wars: Rogue One. The Creator menceritakan kisah manusia yang berperang dengan robot dan AI di masa hadapan. Joshua kemudian dipilih untuk memburu dan menghentikan pencipta AI ini yang merupakan seorang atau sejenis bayi.

Kini selepas tiga bulan usia filem ini, The Creator akan disiarkan di Disney+ Hotstar 20 Disember ini. Bagi yang terlepas menonton di pawagam anda boleh saksikan John David Washington, Gemma Chan, Ken Watanabe, Sturgill Simpson, pelakon baharu Madeleine Yuna Voyles dan Allison Janney beraksi dalam filem ini dengan langganan RM54.90 untuk tiga bulan.
Baca – Ulasan The Creator