The Black Phone 2 Akan Mengembalikan Pelakon Asal

The Black Phone adalah filem seram ngeri oleh Blumhouse yanf diarahkan oleh Scott Derrickson dengan lakonan Ethan Hawke. Filem ini dirancang untuk dikembangkan menjadi francais filem seram baharu bersama-sama dengan Atomic Monster, termasuk dengan filem M3GAN. Prekuel filem ini telah pun diceritakan dalam V/H/S 85 yang turut diarahkan oleh Derrickson. Terbaru, Deadline melaporkan yang The Black Phone 2 kini di dalam pembangunan bersama-sama dengan pelakon asal.

Pelakon-pelakon ini adalah Ethan Hawke, Mason Thames (How to Train Your Dragon), Madeleine McGraw (Toy Story 4), Jeremy Davies (Justified) dan Miguel Mora (The Black Phone). Plot filem buat masa ini masih belum didedahkan, begitu juga dengan pelakon tambahan. Tarikh tayangan juga masih belum ditentukan.

The Black Phone adalah filem mengisahkan seorang pembunuh yang menculik kanak-kanak. Suatu hari, seorang mangsa diculik dan dikunci di bilik bawah tanah. Satu telefon hitam misteri secara tiba-tiba berdering, mangsa ini menerima panggilan daripada mangsa yang telah mati untuk dia melepaskan diri.

Baca – Ulasan The Black Phone – Cerita Seram Yang Tiada Kepuasan

Sohor Kini