The Black Phone adalah filem seram baharu arahan Scoot Derickson yang dihasilkan oleh Blumhouse. Filem ini dikatakan berpotensi menjadi francais filem seram baharu dalam dunia seram Atomic Monster dan Blumhouse bersama-sama dengan M3GAN.
Baca – Ulasan The Black Phone โ Cerita Seram Yang Tiada Kepuasan
Terbaru, Scott Derickson mengesahkan yang beliau akan mempunyai filem seram pendek di dalam V/H/S 85 yang mana filem tersebut berlaku dalam dunia yang sama dengan filem The Black Phone. Dalam filem ini ia akan menceritakan sedikit kisah ibu Gwen (Gwen lakonan Madeleine McGraw dalam Black Phone).

Sayang sekali filem ini terhad di platform penstriman Shudder sahaja dan tidak akan disiarkan di Malaysia. V/H/S 85 akan disiarkan bermula 6 Oktober nanti, jika anda berminat anda boleh melanggan Shudder dengan menggunakan VPN.
Sumber – Comicbook.com