Ubisoft Mengacah Beyond Good & Evil ’20th Anniversary Edition’

Ubisoft telah mengacah yang mereka akan melancarkan Beyond Good & Evil ’20th Anniversary Edition’ bersempena dengan ulang tahun bagi permainan tersebut. Pengumuman lanjut mengenainya akan dikongsi kemudian.

Sebelum ini, versi Remastered bagi Beyond Good & Evil telah tersenarai di Xbox sebelum ia dipadamkan. Mengikut penyenaraian tersebut, versi ini akan menyokong resolusi 4K, 60FPS dengan grafik, kawalan dan juga audio akan dipertingkatkan.

Permainan ini dijangka akan tiba pada awal tahun hadapan.

Beyond Good & Evil pertama kali dikeluarkan pada tahun 2003 untuk Xbox, PS2 dan PC. Permainan susulan untuknya sudah diumumkan sejak tahun 2017 tetapi masih tiada sebarang perkongsian lanjut mengenainya selain memperlihatkan beberapa tatamain sebelum ini.

Sohor Kini