Idea Star Wars Zack Snyder tidak direalisasikan dan telah diolah semula menjadi Rebel Moon iaitu francais filem di Netflix. Baru-baru ini treler pertama bagi filem ini telah diperlihatkan;
Berdasarkan treler, tidak dinafikan ada beberapa elemen yang sudah pun diperkenalkan di dalam Star Wars. Misalnya adalah makhluk asing, robot-robot aneh, kerajaan yang kejam dan tidak adil, serta pasukan pemberontak yang mahukan keadilan serta membalas dendam demi keamanan. Perbezaan utama adalah, Rebel Moon lebih gelap dan ganas yang selari dengan ideologi Zack Snyder.
Rebel Moon berlaku dalam dunia yang sama dengan Army of the Dead cuma di angkasa, ia kelak akan menerima edisi Snyder Cut dengan durasi 6 jam yang lebih ganas dan dari skrip tiga filem Snyder telah bersetuju dengan Netflix untuk dua filem iaitu A Child of Fire yang akan tiba 22 Disember ini, kemudian The Scargiver pada 19 April 2024 dan turut mempunyai komik prekuel House of the Bloodaxe yang berlaku lima tahun sebelum filem pertama.