Army Of The Dead Dan Rebel Moon Berlaku Dalam Mesta Sama

Adakah terma Snyderverse itu terhad kepada filem DCEU yang dihasilkan oleh Zack Snyder sahaja atau untuk semua karya beliau? Terbaru, dengan Total Film Snyder mengesahkan yang filem angkasa baharu beliau di Netflix iaitu Rebel Moon berlaku dalam mesta yang sama dengan francais Army of the Dead.

Poster AI – Army of the Dead x Rebel Moon

Snyder memberitahu butiran tambahan mengenai siri animasi Army of the Dead: Lost Vegas yang dibatalkan di Netflix sepatutnya menjadi tempat kemunculan kali pertama watak Rebel Moon diperkenalkan. Tambahan beliau, satu watak animasi adalah sejenis makhluk asing berada di bar dan bertemu dengan watak Lost Vegas yang memasuki satu portal – makhluk asing ini adalah watak Rebel Moon.

Buat masa ini masih tidak pasti jika kisah Army of the Dead akan berada dalam Rebel Moon atau hanya menjadi idea gempak yang tidak dapat direalisasikan. Sama-sama kita nantikan Rebel Moon yang akan tiba pada 22 Disember ini.

Sohor Kini