Anda minat kucing? Anda suka permainan Stray? Anda ada dengar berita yang permainan ini akan diadaptasi menjadi filem? Jika anda pengguna peranti Apple, berita di dalam artikel ini pasti akan menggembirakan hati anda.
Stray iaitu permainan yang dibangunkan oleh BlueTwelve Studio dan diterbit oleh Annapurna Animation akan ke Apple App Store 5 Disember ini. Berbeza dengan Resident Evil 4 atau Village yang turut ditawarkan kepada iPhone dan iPad, Stray hanya terhad kepada Macbook dengan cip Apple Silicon sahaja.
Ketika artikel ini ditulis, harga jualan masih tidak disahkan lagi. Turut tidak pasti jika di masa akan datang, BlueTwelve Studio turut akan menawarkan permainan ini ke platform Apple yang lain. Sama-sama kita nantikan.