Skip to main content

Tahun lepas, permainan Stray telah dilancarkan. Dalam permainan ini, pemain akan menjadi kucing dan memulakan pengembaraan sebagai seekor kucing. Pengenalan kepada Stray cukup hebat sehinggakan permainan ini menjadi popular dan tular untuk seketika.

Terbaru, pembangun permainan video Stray iaitu BlueTwelve Studio akan bekerjasama bersama Annapurna Animation untuk mengadaptasi permainan video ini ke filem. Filem akan diarahkan oleh Nick Bruno iaitu pengarah kepada animasi Netflix Nimona yang turut dihasilkan oleh Annapurna. Bruno turut akan menulis skrip untuk filem ini.

BlueTwelve dan Annapurna turut menyatakan minat untuk mengadaptasi permainan mereka yang lain ke filem. Buat masa ini masih tiada sebarang butiran lain mengenai filem Stray, sama ada jalan cerita sama dengan permainan atau tidak, siapakah pelakonnya dan bila akan ditayangkan. Sama-sama kita nantikan.

Baca – Ulasan Stray – Tekan ‘O’ Untuk Meow

Sumber – EW

Leave a Reply