Bloomberg: Grand Theft Auto VI Akan Diumumkan Minggu Ini

Bloomberg hari ini telah melaporkan yang Take Two Interactive dan Rockstar Games akan mengumumkan permainan terbaru Grand Theft Auto yang berkemungkinan besar berjudul Grand Theft Auto VI pada minggu ini dengan treler pertama akan tiba pada bulan depan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 untuk Rockstar Games.

GTA VI bukanlah satu rahsia, sebaliknya ia sudah diketahui yang Rockstar sedang membangunkannya, terutama dengan pengodam telah mengeluarkan beberapa bahagian daripada permainan tersebut yang sedang dibangunkan.

Laporan sebelum ini telah mengatakan yang GTA VI ini akan menyertakan protagonis wanita buat pertama kali dan tidak akan tiba sebelum tahun 2025. Dengan treler pertama, jika benar, dikeluarkan pada bulan depan tarikh pelancaran mungkin lebih awal berbanding dijangkakan.

Sohor Kini