Bloomberg hari ini telah mengeluarkan laporan mengenai perubahan yang sedang berlau di studio Rockstar Games, selain itu mereka juga berkongsi mengenai beberapa perkara yang mereka sudah ketahui mengenai permainan besar seterusnya oleh Rockstar Games iaitu Grand Theft Auto 6.

Antara yang dikongsikan adalah GTA 6 dirancang untuk dikeluarkan paling lewat pada Mac 2024, akan tetapi ramai pembangun di Rockstar Games yang merasakan ia adalah sukar kerana pembangunan bergerak dengan perlahan. Mereka mengatakan yang ia sekurang-kurangnya akan mengambil masa 2 tahun lagi sebelum dilancarkan, iaitu lewat tahun 2024 ataupun 2025.

Selain itu, GTA 6 juga akan mempunyai dua watak utama berbanding tiga untuk GTA 5, dan buat pertama kali salah seorang daripada watak tersebut adalah wanita. Mereka dikatakan mengambil inspirasi daripada Bonnie dan Clyde untuk watak ini.

GTA 6 pada awalnya dirancang untuk menyertakan peta terbesar berbanding GTA-GTA sebelum ini dan akan menyertakan kawasan dari Amerika Utara sehinggalah Amerika Selatan akan tetapi ia dikecilkan dan akan memfokuskan kepada bandar yang dihasilkan berdasarkan Miami. Namun, mereka akan menambah bandar-bandar baharu dari semasa ke semasa untuk membantu proses pembangunan.

Sohor Kini