Sejak tiga tahun lepas, Francis Lawrence selaku pengarah filem aksi nyata Constantine lakonan Keanu Reeves pada tahun 2005 sedia untuk hadir dengan filem sekuel. Tahun lepas. Reeves disahkan akan kembali sebagai berlakon sebagai Constantine. Kemudian Februari lepas, Akiva Goldsman dikatakan akan menjadi penulis skrip filem ini.
Francis Lawrence baru-baru ini telah mengesahkan yang filem ini akan diteruskan. Pembangunannya tergendala kerana mogok penulis kemudian beliau masih dalam proses mendapatkan semula hak IP filem ini.
Skrip filem masih belum ditulis, tetapi Lawrence telah berbincang dengan Reeves serta Goldsman mengenai bagaimana kisah Constantine akan diteruskan. Filem ini juga akan diklasifikasikan sebagai “R” dengan aksi ganas yang ngeri.
Mungkin dengan kejayaan John Wick 4, Warner Bros. ingin terus menggunakan peluang populariti Reeves untuk filem sekuel Constantine dari pengarah yang sama dan penulis sekuel I Am Legend. Sebelum Constantine sepatutnya diolah semula oleh J.J. Abrams dengan versi John Constantine berkulit hitam dan penceritaan yang gelap.