I Am Legend iaitu filem mengenai manusia terakhir di muka bumi yang dilakonkan oleh Will Smith pada tahun 2007 disahkan akan mempunyai sekuel. Sekuel ini akan mengembalikan Will Smith dan menyertai beliau adalah Michael B. Jordan.

Akiva Goldsman akan sekali lagi menulis skrip filem I Am Legend. Menurut beliau filem sekuel akan berlaku beberapa dekad selepas filem pertama. Filem ini mungkin akan mengambil Last of Us sebagai inspirasi kerana minat Goldman terhadap permainan popular yang kini ada siri TV di HBO Go.

Beliau ingin membayangkan bagaimanakah muka bumi pasca-malapetaka 20-30 tahun dan manusia bukan lagi penduduk utama. Kemudian apa jadi pada bandar New York dengan bangunan dan watak utama boleh mendaki bangunan? Filem sekuel akan mengikut cerita dari novel dengan judul sama oleh Richard Matheson.

Goldsman turut akan menulis skrip filem sekuel Constantine dengan Keanu Reeves kembali sebagai watak utama filem ini. Sementara Francis Lawrence pula akan menjadi pengarah dan melibatkan sekali J.J. Abrams. Filem Constantine akan teruskan fokus kepada menjaga keseimbangan sempadan antara bumi dan makhluk lain di Neraka.

Sumber: Deadline

Sohor Kini