Disney dan Marvel kini dalam pembangunan mengolah semula siri Daredevil di Netflix dengan pelakon sama iaitu Charlie Cox sebagai Matt Murdock/Daredevil melalui siri Daredevil: Born Again. Siri ini turut akan mengembalikan Kingpin lakonan Vincent D’ Onofrio.
Siri baharu ini ditulis oleh penulis siri Covert Affairs iaitu Chris Ord dan Matt Corman. Sebelum mogok bermula, beberapa episod telah pun selesai penggambaran. Terbaru, Hollywood Reporter melaporkan yang Marvel kini sedang mengolah semula Born Again dengan melepaskan semua pengarah yang telah dipilih serta turut melepaskan Ord dan Corman kerana berbeza pendapat kreatif.
Beberapa adegan yang telah ditulis oleh Ord dan Corman akan dikekalkan dan mereka akan dikreditkan sebagai penerbit eksekutif. Tetapi Marvel ingin memulakan semula projek ini dari awal sehingga tamat dengan penulis baharu yang akan dipadankan dengan eksekutif Marvel untuk memberi panduan.
Buat masa ini Daredevil: Born Again dengan 18 episod ini masih tidak mempunyai sebarang tarikh siaran dan tidak pasti bila ia akan disiarkan. Sementara menantikan siri ini anda boleh menonton siri asal Daredevil di Disney+ Hotstar.