Skip to main content

Daredevil: Born Again adalah siri olahan semula Daredevil untuk Marvel Cinematic Universe di Disney+. Walaupun Charlie Cox adalah pelakon sama untuk Matt Murdock/Daredevil, kisah dari siri Netflix tidak akan diteruskan di Disney+.

Selain Charlie Cox, Vincent D’Onofrio turut akan kembali sebagai Kingpin Terkini, Hollywood Reporter melaporkan yang Jon Bernthal akan kembali sebagai The Punisher dalam Daredevil: Born Again.

Masih tiada butiran bagaimana Marvel akan memperkenalkan watak ini dalam MCU. Matt Murdock/Daredevil sudah pun muncul dalam Spider-Man: No Way Home dan siri She-Hulk, sementara Kingpin telah muncul dalam siri Hawkeye.

Akan tetapi, dua watak kegemaran iaitu Foggy Nelson dan Karen Page lakonan Elden Henson dan Deborah Ann Woll tidak akan kembali. Tiada sebab diberikan, tetapi teori saya adalah Marvel ingin fokus mengembangkan sedikit demi sedikit watak baharu dalam MCU.

Adakah dengan kemunculan Punisher dalam MCU akan membawa kepada siri tersendiri seperti dakwaan Rosaria Dawson? Bagaimana pula dengan Mike Colter dan Krysten Ritter yang ada laporan menyatakan mereka akan kembali sebagai Luke Cage dan Jessica Jones? Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply