Skip to main content

Mike Flanagan bakal hadir dengan filem baharu iaitu The Life of Chuck. Ia merupakan salah satu cerita dalam If It Bleeds iaitu cerpen oleh Stephen King. Filem ini sudah pun disahkan akan menyertakan Tom Hiddleston dan Mark Hamil yang akan menjadi watak utama.

Baru-baru ini, Deadline melaporkan yang dua lagi pelakon filem Marvel Cinematic Universe iaitu Chiwetel Ejiofor dan juga Karen Gillan. Selain itu, Jacob Tremblay yang sebelum ini berlakon dalam The Little Mermaid turut akan terlibat.

Filem ini akan diceritakan secara terbalik, bermula dengan watak Charles Krantz pada usia 39 tahun dengan kanser otak ke zaman kanak-kanak dia di sebuah rumah yang berhantu. Filem ini dikatakan akan mempunyai tema seakan Stand By Me, The Shawshank Redemption dan The Green Mile.

Sebelum ini ada kami melaporkan yang The Fall of the House of Usher adalah siri terakhir Flanagan di Netflix dan beliau telah menandatangani perjanjian bersama Prime Video. Buat masa ini filem The Life of Chuck masih dalam pembangunan awal dan tiada sebarang berita adalah ia akan menjadi filem di pawagam atau di Prime Video.

Leave a Reply