Loki Odinson dan Luke Skywalker akan kembali bersama dalam satu filem seram baharu. Pelakon dua watak ini iaitu Tom Hiddleston dan Mark Hamill akan terlibat dengan filem The Life of Chuck arahan Mike Flanagan.

The Life of Chuck diadaptasi daripada cerpen Stephen King iaitu If It Bleeds. Ia mempunyai tiga kisah berbeza mengenai watak Charles Krantz yang disampaikan dari hujung ke permulaan. Kisahnya bermula dengan Kantz yang main pada usia 39 tahun kerana tumor otak dan berakhir dengan kisah kanak-kanak beliau di sebuah rumah berhantu.

Skrip filem telah pun siap ditulis oleh Flanagan dan Hiddleston akan menjadi watak utama sementara Hamill akan menjadi watak Albie. Filem ini dikatakan akan mempunyai tema seakan Stand By Me, The Shawshank Redemption dan The Green Mile.

Tiada tarikh siaran atau tayangan lagi buat masa ini. Turut tidak pasti bila penggambaran akan bermula. Teruskan ikuti Aksiz untuk maklumat lanjut.

Sumber – Deadline

Sohor Kini