Skip to main content

Golden Screen Cinemas (GSC) hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah mengumumkan kerjasama baru untuk membangunkan enam buah panggung wayang yang hadir dengan pawagam IMAX With Laser.

Tiga panggung wayang yang sudahpun diketahui akan mempunyai pawagam IMAX Laser ini termasuklah GSC IOI City Mall 2 di Putrajaya, GSC Mid Valley Southkey di Johor Bahru yang akan dinaiktarafkan tidak lama lagi, Aurum Theatre dan TRX Kuala Lumpur yang akan dibuka tidak lama lagi.

Dalam pada itu, GSC juga telah mengesahkan bahawa enam lagi panggung wayang juga akan menerima penaiktarafan pawagam IMAX Laser, tetapi masih belum memberi butiran lanjut mengenai lokasi-lokasi yang akan memperlihatkan penaiktarafan ini. Tetapi melalui siaran media yang diperlihatkan, ia dijangka bahawa kesemua sembilan lokasi ini akan dilengkapi dengan teknologi ini pada tahun 2027 kelak.

IMAX with Laser akan menjanjikan kualiti paparan yang lebih terang, jelas, dan penuh butiran. Jika ia adalah adegan yang gelap atau terlampau terang, segala butiran jelas dipaparkan. Malah ia juga memberi pengalaman menonton yang lebih realistik.

Kelebihan IMAX with Laser ini adalah teknologi pada projektor laser yang digunakan adalah lebih baik. Ini membolehkan tayangan filem 3D dipaparkan dengan lebih terang walaupun dengan kaca mata 3D yang memalapkan pandangan. Ini bermakna, tayangan 2D juga adalah lebih terang dan cerah.

Pawagam IMAX with Laser ini diperkenalkan kali pertama oleh GSC di Malaysia pada penghujung tahun lepas, dengan filem pertama yang menggunakan teknologi tersebut di sini merupakan Avatar: The Way of Water dalam format IMAX 3D.

Leave a Reply