GSC Akan Menawarkan Skrin Wayang Dengan IMAX With Laser

Beberapa bulan lepas, GSC baru sahaja secara berperingkat mengubah GSC Maxx kepada GSC Big. Panggung ini menawarkan skrin sebesar 20 meter lebar dan 10.8 meter tinggi yang dikuasakan oleh projektor laser 4K yang menjamin kualiti paparan lebih tajam, warna yang terang dan jitu serta sistem audio Dolby Atmos 32 saluran.

Terkini, mereka mengacah kehadiran dewan panggung baharu pula, iaitu IMAX. IMAX pada GSC sudah pun ditawarkan, tetapi terhad di lokasi seperti The Mall, Mid Valley Southkey. Kini mereka ingin kembangkan lagi penawaran IMAX di Malaysia, iaitu dengan IMAX with Laser.

IMAX with Laser akan menjanjikan kualiti paparan yang lebih terang, jelas, dan penuh butiran. Jika ia adalah adegan yang gelap atau terlampau terang, segala butiran jelas dipaparkan. Malah ia juga memberi pengalaman menonton yang lebih realisyik

Menjadikan GSC lebih unik adalah, IMAX with Laser ini adalah yang pertama di Malaysia. Kelebihan IMAX with Laser ini adalah teknologi pada projektor laser yang digunakan adalah lebih baik. Ini membolehkan tayangan filem 3D dipaparkan dengan lebih terang walaupun dengan kaca mata 3D yang memalapkan pandangan. Ini bermakna, tayangan 2D juga adalah lebih terang dan cerah.

GSC belum mengumumkan lagi di manakah lokasi dewan IMAX with Laser ini. Menurut sumber kami ia mungkin berada di IOI Putrajaya dan akan dilancarkan untuk tayangan Avatar the Way of Water dalam format IMAX 3D.

Sohor Kini