Skip to main content

Seperti yang semua sedia maklum, iPhone 15 Pro akan menjadi telefon pintar pertama dunia yang boleh memainkan permainan konsol seperti Death Stranding, Resident Evil 4, Resident Evil Village dan Assassin’s Creed Mirage. Baru-baru ini pengulas gajet China, Vincent Zhong mendedahkan kemampuan permainan ini.

Dalam video beliau, Resident Evil Village dilihat boleh dimainkan dengan cukup baik dan dikatakan benar-benar menghampiri kualiti pada konsol. Cuma apabila disambungkan pada televisyen atau monitor resolusi dihadkan kepada 1560 x 720 piksel dan kadar bingkai 30fps. Imej turut nampak lebih lembut dan kesan anti aliasing juga tidak begitu baik. Gerigi pada geometri dapat dilihat dengan jelas.

Walaupun begitu, pengguna masih boleh mengaktifkan mod HDR dan mengawal tetapan kualiti model, kualiti lampu dan kualiti persekitaran. Namun begitu untuk sebuah telefon pintar, kualiti grafik ini adalah lebih baik berbanding kualiti visual permua biasa.

Masih terlalu awal untuk menentukan adakah ini tetapan akhir pada permainan ini atau kelak akan ada kemas kini. Zhong menyatakan buat masa ini untuk kualiti yang terbaik, Resident Evil Village perlu dimainkan pada iPhone 15 Pro secara terus.

Sumber – Amanz

Leave a Reply