Apple hari ini telah mengumumkan yang Resident Evil Village, Resident Evil, Death Stranding dan juga Assassin’s Creed Mirage akan dikeluarkan untuk iPhone 15 Pro, iaitu model baharu bagi iPhone yang diumumkan pada hari ini.
Resident Evil Village, Resident Evil 4 dan Death Stranding akan tiba pada tahun ini dengan Assassin’s Creed Mirage akan tiba pada tahun depan.
iPhone 15 Pro menyertakan cip pemprosesan baharu iaitu A17 Pro yang menyertakan GPU generasi baharu yang membolehkan permainan-permainan yang sebelum ini dikeluarlan untuk konsol dan PC turut boleh dimainkan di telefon pintar.
Selain tiga permainan ini, Apple juga telah mengumumkan yang permainan seperti The Division Resurgence, Honkai: Star Rail dan juga Genshin Impact akan menerima penambahan-baikkan daripada segi grafik dan juga prestasi di iPhone 15 Pro ini.