Bloomberg telah melaporkan yang Stig Asmussen iaitu pengarah untuk Star Wars Jedi: Fallen Order dan Star Wars Jedi: Survivor akan meninggalkan Respawn Entertainment dan juga EA.
Menurut EA, Stig Asmussen mengambil keputusan ini untuk mencari pengalaman baharu dan mengatakan yang ketua Respawn yang lain akan mengambil-alih untuk menyelia Star Wars Jedi: Survivor.
Sebelum bersama dengan EA, Stig Asmussen pernah bersama dengan Santa Monica Studio, menjadi artis untuk God of War dan God of War II dan menjadi pengarah untuk God of War III sebelum meninggalkan studio tersebut pada tahun 2014 untuk menyertai Respawn.
Siri permainan Star Wars Jedi sebelum ini dikatakan sekuarang-kurangnya akan menerima tiga permainan, menandakan yang permainan seterusnya akan menerima pengarah baharu. Baca ulasan kami untuk Star Wars Jedi: Survivor – Ulasan Star Wars Jedi: Survivor.