Ian McKellen Tiada Perancangan Untuk Bersara

Ian McKellen adalah pelakon yang hebat. Beliau kini berusia 84 tahun dan telah terlibat dengan banyak filem terkenal seperti Gandalf dalam Lords of the Rings, Magneto dalam X-Men dan banyak lagi. Dalam temubual bersama Variety, McKellen berkongsi mengenai status persaraan beliau.

Berbeza dengan Brad Pitt, Ethan Hawke, Gary Oldman, yang lebih muda berbanding McKellen yang sudah ingin bersara – penjahat dalan X-Men ini menyatakan masih ingin terus aktif dalam berlakon. Beliau sedar yang usia tua sekarang akan membawa ke pelbagai penyakit, tetapi jika bersara ingin buat apa? Selagi masih sihat, memori masih kuat dan lutut belum “goyang” selagi itu beliau akan berlakon.

Akan datang, McKellen akan muncul dalam filem The Critic bersama-sama dengan Mark Strong dan akan datang dalam filem Schadenfreud. McKellen sehingga hari ini telah aktif dalam dunia lakonan selama 65 tahun.

Sohor Kini