Skip to main content

Ethan Hawke adalah seorang pelakon yang cukup hebat. Baru-baru ini di Aksiz, kami telah hadir dengan ulasan satu filem baharu beliau Black Phone dan siri TV pertama beliau dalam MCU Moon Knight. Sepanjang kerjaya beliau, Etahn telah terlibat dengan lebih 60 filem.

Terkini, beliau menyatakan yang beliau sudah bersedia untuk bersara dengan berada di peringkat akhir kerjaya sebagai seorang pelakon dan akan bersara tidak lama lagi.

Tambahan beliau lagi, “Saya rasa diri saya sudah sampai ke permulaan untuk saya tamatkan kerjaya saya. Saya sudah mula berfikir untuk mencari bahagian mana yang patut saya berhenti lakukan dalam dunia perfileman. Saya juga sudah tidak ada banyak masa …”.

Ethan Hawke yang kini berusia 51 tahun tidak akan terus bersara, kerana masih lagi terlibat dengan beberapa projek seperti bakal muncul dalam filem Glass Onion: A Knives Out Mystery, filem bersama Ewan McGregor dalam Raymond & Ray, Leave the World Behind, siri TV The Whites dan turut sedang menghasilkan siri dokumentari untuk CNN The Last Movie Stars.

Leave a Reply